top of page

Kata: Wajah bagi ‘Aqal

Writer's picture: اكاديمي جاوي مليسيااكاديمي جاوي مليسيا

شعر ديري مرديکا

Sedarkah kita, bahasa yang kita ungkapkan melambangkan pemikiran kita? 


Mari kita renungkan baris-baris sha‘ir di atas;


هي مودا ڤرهاتيكن بهاس

Hai muda perhatikan bahasa

Seharusnyalah kita sentiasa berhati-hati akan cara kita mengungkapkan bahasa; baik yang dituturkan mahupun yang teraqam dalam tulisan. Kerana ia mampu membekas kepada jiwa insan. 


تمڤة مڠوڠكڤ سݢل معنى

Tempat mengungkap segala ma‘na 

Melalui jalan bahasa itulah himpunan segala ma‘na yang dapat difahami, disusun-atur menjadi satu ungkapan. 


جرنيه دهولو، هيليرڽ سام

Jernih di hulu, hilirnya sama 

Kelancaran ma‘na yang diungkapkan untuk difahami bergantung kepada kejernihan pemikiran, iaitulah punca bagi himpunan ma‘na dalam diri insan. Demikian juga, perkataan yang baik diungkap daripada timbangan ‘aqal yang sihat. 


چرمينن وجه عقل ڤمبيچارا

Cerminan wajah ‘aqal pembicara

Shahdan, dapat kita perhatikan maqsud dan isi hati pembicara dengan merenungkan sifat, gaya dan kandungan bahasa yang dituturkan. 


Moga-moga kita menjadi insan yang berwaspada dengan setiap ungkapan kita dan terus memperkasa diri dengan ‘ilmu.


73 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page