
Terbitan Baharu!
Mengalir dari Syurga: Tafsir Mawdu'i Sungai
Zulkifli Mohd Yusoff & Zaini Ujang
Terbitan
Akademi Jawi Malaysia & RZS-CASIS
-
Apakah intipati ajaran Islam tentang pelestarian sungai yang boleh mendorong untuk membersih, menjernih atau mengindahkan aliran sungai di negara majoriti Islam?
-
Apakah kerangka amal Islami tentang tanggungjawab memulihara sumber air, terutamanya sungai?
-
Apakah 37 ayat al-Qur’an tentang “syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” boleh menjadi pencetus amal pelestarian sungai dalam kerangka pemikiran umat Islam?
Penulisan Tafsir Mawdu‘i Sungai merupakan usaha sinergi untuk mengadunkan antara kepakaran bidang ‘ilmu al-Qur’an dan ‘alam sekitar. Usaha bersepadu ini bertujuan supaya ayat-ayat suci al-Qur‘an dapat mudah difahami, dibumikan dan dizahirkan ma‘nanya sepanjang zaman.
Tentang Pengarang

Dato’ Prof Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff merupakan profesor di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (bermula 2006). Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Qur’an Malaysia (LPQM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik, Institut Kemahiran Islam Malaysia, Sarawak (IKMAS). Sepanjang kerjaya, beliau telah menghasilkan lebih 54 buah buku, lebih 100 artikel jurnal dan prosiding; menjadi penyelia akademik kepada lebih 100 pelajar lulusan ijazah sarjana dan PhD; dan menjalankan penyelidikan peringkat tempatan dan antarabangsa.

Profesor Emeritus Dato’ Seri Dr Ir Zaini Ujang ialah Pengerusi, Majlis Kelayakan Malaysia (MQA), Pro-Canselor, Management and Science University (MSU) dan Professor Fellow Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (2008-2013) dan Ketua Setiausaha enam kementerian berkaitan pendidikan tinggi, alam sekitar, air, tenaga, teknologi hijau, sumber manusia dan kesihatan (2013-2025).

Kulit Keras
RM75
Kulit Lembut
RM55
Ingin dapatkan buku ini dengan diskaun menarik?
Kupon Diskaun 15%
Pesta Buku Antarabangsa KL 2026
Diskaun untuk judul baharu bakal terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
Terhad untuk 100 pendaftar terawal untuk judul ini sahaja.
Daftar
Isi borang pendaftaran
Semak Emel
Kod kupon akan diberikan kepada emel yang didaftarkan
Tebus Kupon
Tebus kupon diskaun di khemah jualan Akademi Jawi Malaysia
S620, Dewan Tun Razak 3, WTC KL
Sah dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di PBAKL 2026 sahaja

