top of page

Jum, 24 Mei

|

Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Temui kami di khemah 3060-3063, Dewan Tun Razak 3, WTC KL 24 Mei - 2 Jun 2024, 1000 pagi - 1000 malam

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

Masa & Lokasi

24 Mei 2024, 10:00 PG – 02 Jun 2024, 10:00 PTG

Kuala Lumpur, 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tentang Acara Tersebut

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐉𝐚𝐰𝐢 𝐤𝐞 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧?

Akademi Jawi Malaysia telah lebih sedekad berikhtiyar berusaha meletakkan Bahasa Jawi sebagai sebuah tradisi ke‘ilmuan yang luhur.

Lebih-lebih lagi dalam menghidupkannya dalam pelbagai cabaran masakini.

Akan tetapi, tahukah anda akan ikhtiyar usaha kami untuk menghidupkan tradisi ke‘ilmuan Bahasa Jawi ini?

Pernahkah anda mengenali lebih dekat khidmat dan perjuangan kami?

Bilakah kali terakhir anda mengunjungi ruang istimewa di pesta buku yang menampilkan khazanah Jawi dan peradaban Melayu?

Oleh itu, Akademi Jawi Malaysia dengan gandingan Taman Pustaka, bakal menjadi penyedia kandungan Jawi dan peradaban Melayu istimewa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.

Shahdan, kami berbesar hati mengundang seluruh lapisan masharakat untuk kita kenal-mengenal dan saling belajar-mengajar sejarah, khazanah, ke‘ilmuan tradisi Bahasa Jawi dan peradaban Melayu.

Temui kami untuk kita bersama-sama mera‘ikan khazanah kebudayaan dan ke‘ilmuan kita. Barangkali nanti kita dapat bertukar-tukar pandangan tentang apakah masa hadapan bahasa Jawi kita ini.

Jumpa anda semua di Pesta Buku ya!

_

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐉𝐚𝐰𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚:

www.akademijawi.my

𝐊𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢:

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

24 Mei – 2 Jun 2024

Khemah 3060-3063, Dewan Tun Razak 3,

Tingkat 3, WTC, Kuala Lumpur

#PBAKL2024

#akademijawimalaysia

#tamanpustaka

Kongsikan Acara Ini

bottom of page