top of page

Oximel

Ibnu Sina

Penterjemah: Naseer Sobree

 

Harga: Rm30.00

Jumlah muka surat: 49+xxx

ISBN: 978-967-13826-3-9

 

Buku berjudul Oximel ini merupakan terjemahan dari karya Ibn Sina dalam bahasa Arab yang berjudul Risalah fi al-Sakanjabin. Apa yang menarik dalam buku ini adanya salinan asal manuskrip oleh Jamiat al-Duwal al-Arabiyyah daripada Maktabat Ahmad III dengan nombor siri manuskrip MS2119. Penterjemah turut merujuk terjemahan Risalah di al-Sakanjabin dalam bahasa Inggeris yang dibuat oleh Manuel Marin dan David Waines yang berdasarkan kepada empat buah manuskrip bagi mengesahkan hasil terjemahannya.

 

Oximel merupakan perkataan dalam bahasa Yunani dari gabungan dua perkataan, oxy yang bermaksud masan atau asid dan mel yang bermaksud manis atau madu. Dalam bahasa Parsi, ia bermaksud sakanjabin yang juga terdiri dari dua perkataan, sirkah (cuka) dan an.gabin (madu). Dengan kata lain, oximel merupakan gabungan bahan masam dan bahan manis dalam memberikan keseimbangan sifat sejuk menerusi cuka dan sifat panas menerusi madu hasil dari sukaran dan pengiraan yang tepat.

 

Penterjemahan karya Ibnu Sina ini dibuat atas dasar mencari penyelesaian dan penawar bagi penyakit-penyakit yang masih belum ditemui ubatnya. Boleh jadi formula ini, iaitu Oximel, ada manfaatnya. Jika tidak banyak, mungkin sedikit, insha-Allah.

Oximel (Cetakan Ke-2)

SKU: 9789671382639
RM 30.00Harga
    bottom of page