top of page

Bacaan Tafsīr Nūr al-Iḥsān • بچأن تفسير نور الإحسان


Raqaman bersiri bacaan Tafsīr Nūr al-Iḥsān yang diraqamkan pada tahun 2022.


Tafsīr Nūr al-Iḥsān ini ialah buah qalam Tuan Guru Haji Muhammad Sa‘id bin ‘Umar Khatib, seorang ‘alim dan qadi dari negeri Kedah Darul Aman yang wafat pada tahun 1932M. Kitab ini amat mashhur di negeri utara Semenanjung hingga ke Fatani Darussalam dan digunakan sebagai kitab pengajian di masjid-masjid.


Setelah Tafsīr Nūr al-Iḥsān Jilid Pertama (Juzu’ 1-3) diterbitkan pada tahun 2020, penerbitan tafsīr karangan ‘ālim terbilang dari negeri Kedah ini diteruskan dengan Jilid Kedua yang mengandungi Juzu’ keempat hinggalah ketujuh.


Tajuk: Surah al-Baqarah ayat 144-147 (Ms 173-176)

Pembaca: Muhammad Azizul Hakeem Johari Affandi


Adapun terbitan ini diterbitkan sepenuhnya dan Bahasa Jawi Turath—dengan penyusunan ejaan dan reka bentuk yang lebih jelas dan mudah bagi pengajian dan pembacaan. Terbitan ini juga menyertakan tashih dan ta‘liq serta penjelasan beberapa ungkapan bahasa Kedah yang digunakan oleh Pengarang dalam tafsirnya ini.


Adalah terbitan ini kerjasama antara Akademi Jawi Malaysia dan Pasukan Pentashih yang terdiri daripada pensharah-pensharah pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah (UniSHAMS), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


Untuk mengetahui ma‘lumat lanjut mengenai buku ini, sila lihat di bawah:


5 lihatan0 komen
bottom of page