top of page

“Berbimbang” • بربيمبڠ

Ertinya: melibatkan atau menyibukkan dirinya dengan suatu pekerjaan.


Contoh ayat:

- “Kerana hati Rasulu’Llah itu sangat-sangat berhadap kepada Allah, maka sebab itulah ghayb ia daripada tiap-tiap mā siwā’Llāh. Oleh kerana ia tersangat berbimbang dengan Allah semata-mata, terlupalah ia akan yang lainnya.”[1]

- “Ma’mūm berbimbang daripada tashahhud al-awwal dengan kerana sujud yang kedua, maka manakala ia selesai daripada sujud, didapati imam telah tashahhud dan bangun. Apakah yang akan dilakukan oleh ma’mum?”[2]

- “Bila telah lalailah bangsa itu dengan keinginan-keinginannya, dan sentiasa berbimbang dengan segala shahwatnya, nescaya lupalah bangsa itu pada mendirikan tiang kehidupannya secara mana yang wajib.” [3]

- Mashghul (مشغول): “Tengah banyak kerja; yang dibimbangkan; berbimbang dengan bermacam-macam hal; yang didukakan.” [4]


_____

[1] Mas’alah Ḥāl2 Agama, Tuan Guru Haji Muhammad Samman Kati.

[2] Mas’alah Ḥāl2 Agama, Tuan Guru Haji Muhammad Samman Kati.

[3] Panduan Bangsa, Tuan Guru Haji Ahmad al-Hashimi.

[4] Qāmūs al-Ḥamīdī, Tuan Guru Haji ‘Abd al-Hamid al-Rawi.

31 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page