top of page

زعبا دالم ڤرسيمڤاڠن بهاس جاوي



ڤد أبد كدوا ڤولوه، تراديسي كعلموان بهاس جاوي مولاࢨ مڠالامي سعة ݢتير. دإيندونيسيا دان دملايا، بهاس ملايو مولاࢨ دسورة دڠن حروف رومي لاتين. ڤد ماس يڠ سام، سبواه نݢارا بڠسا مودن باكل دبنتوق دان نݢارا بڠسا مودن اين ممرلوكن سبواه بهاس رسمي اونتوق منجادي بهاس نݢاراڽ.

اوليه ايت، ڤارا أهل بهاس تله برفكر، براوسها منچاري اختيار ترباࢨق دان بركوڠݢريس اونتوق ممستيكن كلڠسوڠن بهاس ملايو ڤد وقتو ڤڠݢونأن توليسن رومي يڠ برللواسا دان ڤد ماس يڠ سام كڤرلوان بهاس رسمي سبواه نݢارا يڠ باكل مرديكا.

سياڤاكه ساله ساؤرڠ أهل بهاس يڠ ڤنتيڠ يڠ بواه فكران دان ڤنداڠنڽ ممڤڠاروهي كڤوتوسن كوڠݢريس بهاس دان ڤرسورتن ملايو يڠ دأداكن سكيتر تاهون ١٩٥٠-ان؟ اڤاكه حجه دان ڤنديرين بلياو مڠناࢨ بهاس ملايو جاوي دان باݢايمان اي ممبري ڤڠاروه كڤد بهاس ملايو كيت هيڠݢ سكارڠ.

تونتوني ۏيديو اين اونتوق منڠنالي لبيه دكت زعبا، ساؤرڠ أهل علم بهاس ملايو مودن دان مڠتاهوࢨ ڤرانن بلياو مننتوكن ڤرسيمڤاڠن سجاره بهاس ملايو جاوي اونتوق نݢارا يڠ بهارو مرديكا.

ڤڠهرݢأن خاص بوات اركيب نݢارا مليسيا كران مڠإذنكن دوكومن برسجره زعبا دڤاڤركن دالم ۏيديو اين. جوݢ بوات ساودارا محمد زهمري نزار يڠ منديندڠكن شعر زعبا درڤد اسوهن بودي.

 

Za‘ba dalam Persimpangan Sejarah Bahasa Jawi


Pada abad ke-20, tradisi ke‘ilmuan Bahasa Jawi mulai mengalami sa‘at getir. Di Indonesia dan di Malaya, bahasa Melayu mulai disurat dengan huruf Rumi Latin. Pada masa yang sama, sebuah negara bangsa moden bakal dibentuk dan negara bangsa moden ini memerlukan sebuah bahasa rasmi untuk menjadi bahasa negaranya.

Oleh itu, para ahli bahasa telah berfikir, berusaha mencari ikhtiyar terbaik dan berkongres untuk memastikan kelangsungan Bahasa Melayu pada waqtu penggunaan tulisan rumi yang berleluasa dan pada masa yang sama keperluan bahasa rasmi sebuah negara yang bakal merdeka.

Siapakah salah seorang ahli bahasa yang penting yang buah fikiran dan pandangannya mempengaruhi keputusan kongres bahasa dan persuratan Melayu yang diadakan sekitar tahun 1950-an? Apakah hujah dan pendirian beliau mengenai bahasa Melayu-Jawi dan bagaimana ia memberi pengaruh kepada bahasa Melayu kita hingga sekarang.

Tontoni video ini untuk mengenali lebih dekat Za‘ba, seorang ahli ‘ilmu bahasa Melayu moden dan mengetahui peranan beliau menentukan persimpangan sejarah Bahasa Melayu Jawi untuk negara yang baharu merdeka.

Penghargaan buat Arkib Negara Malaysia kerana mengizinkan dokumen bersejarah Za'ba dipaparkan dalam video ini. Juga buat saudara Mohd Zahamri Nizar yang mendendangkan sha‘ir Za'ba daripada Asuhan Budi.

49 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page