top of page

Judul: Mutiara Hikam: Huraian Kitab Al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah

Pengarang: Ibnu Abdil Barry

Muka surat: 349 + xxiv

ISBN: 978-967-2422-26-6

Kulit lembut

Sebuah kerjasama penerbitan antara Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media dan Rihla Media.

Shaykh Ibnu ‘Aṭā’illāh al-Sakandarī telah mewariskan banyak penulisan penting yang mengabadikan nama beliau. Karyanya yang terbesar dan paling terkenal adalah al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah, sebuah himpunan kata-kata hikmah yang ditulis sebagai pedoman bagi setiap insan yang hendak menempuh perjalanan menuju Sang Khāliq.

Al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah adalah hasil daripada kesucian tasawuf yang diterangi oleh al-Qur’an dan sunnah Rasulullah ﷺ. Setiap kata hikmah yang beliau tulis memiliki nilai-nilai pengajaran yang luhur yang membimbing kita kepada kefahaman, adab dan akhlak yang benar kepada Allah SWT.

Mutiara Hikam: Huraian Kitab al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah menampilkan 259 hikmah yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan huraian yang ringkas dan padat untuk panduan perjalanan insan di dalam hidupnya.

Mutiara Hikam: Huraian Kitab Al-_ikam al-�A__�iyyah

SKU: 9789672422266
RM60,00Harga
    bottom of page