Assalamualaikum, kalau nak cari huruf kaf satu titik dan ada huruf kaf kecil yang macam dalam gambar sebelah kiri tu macam mana ye? Sebab saya jumpa di word seperti dalam gambar sebelah kanan tu sahaja, dia tak sama bentuk.
Salam Tuan Syukri. Bagi pengguna Mac bagaimana boleh saya dapatkan huruf keheh tersebut. Saya hanya dapati ianya ada pada skrip Arabic Qwerty tapi ianya tidak boleh digunakan/ditaip pada ayat menggunakan skrip Jawi.
Wasalam tuan. Boleh ubah ke keyboard Jawi dan Parsi.
Jika pakai keyboard Parsi, tekan huruf k, tuan akan dapat ک
Jika pakai keyboard Jawi, setakat saya tahu, hanya dapat ك
Untuk set keyboard Jawi dan juga Parsi, boleh ikuti panduan video ini:
https://youtube.com/watch?v=URoLjJNQFtg&feature=shares
Salam Tuan Syukri. Bagi pengguna Mac bagaimana boleh saya dapatkan huruf keheh tersebut. Saya hanya dapati ianya ada pada skrip Arabic Qwerty tapi ianya tidak boleh digunakan/ditaip pada ayat menggunakan skrip Jawi.
Wa‘alaykum al-salam Untuk huruf ini, pertama sekali kita kena kenal pasti namanya untuk membuat carian internet. 1. Ada 2 bentuk iaitu; ك dan ک.
2. Adapun yang pertama itu, ك dinamakan kaf. Boleh tengok senarai bentuk kaf di sini: https://www.compart.com/en/unicode/search?q=kaf#characters
3. Adapun yang kedua itu, ک dinamakah keheh. Boleh tengok senarai bentuk keheh di sini:
https://www.compart.com/en/unicode/search?q=keheh#characters
Setakat ini, saya lihat tiada huruf keheh dengan tanda seperti dalam kaf dengan satu titik.
Barangkali untuk menaip, saudari boleh taip ݢ sahaja, iaitu keheh dengan 1 titik.