Baik, setelah saya melakukan pencarian, نهي dalam kitab Ta'rifat Jawi itu dibuat berdasarkan ta'rifnya dalam ilmu Usul al-Fiqh. Sila lihat dalam kitab al-Luma' bagi Imam Al-Shirazi dalam باب: القول في النهي. Ibaratnya dalam Bahasa 'Arab, ialah katanya:
فأما حقيقته: فهو القول الذي يستدعى به ترك الفعل ممن هو دونه. ومن أصحابنا من زاد فيه: على سبيل الوجوب، كما ذكرناه في الأمر. اه
Untuk perkataan terakhir itu, saya rasa yang lebih sesuai adalah وجوب, yakni اتس جالن وجوب, iaitu atas jalan hukum wajib. Ini pada pandangan awal saya atas dasar ta'rif di atas adalah untuk perkataan نهي. Cadangan saya, perlu melihat kepada ta'rif bagi perkataan نهي dalam Bahasa 'Arab.
Sebagai tambahan, ta'rif نهي dalam Ta'rifat Jawi itu sangat mirip kepada ta'rif نهي yang didatangkan oleh Imam Al-Juwayni dalam Matan al-Waraqat:
والنهي استدعاء أي طلب الترك بالقول ممن هو دونه على سبيل الوجوب. اه
Sila lihat حاشية النفحات على شرح الورقات, cetakan مطبعة هلابي, Pattani, Thailand, t.t., m/s: 68.